Bercinta dan Setia saat berada jauh dari mata, bukan sesuatu perkara yang mudah. Tapi kerana sayang, masing-masing akan mencuba sedaya upaya, supaya tiada hati yang terluka. Bila dah jauh, haruslah saling percaya. Bersangka baik juga kunci sesebuah hubungan.
Walau jauh di mata, bak kata orang dekat di hati, kan.? Yang jauh terasa dekat, dengan adanya kuasa teknologi yang serba canggih ini. Tapi jangan pula di salahgunakan.
Di saat dia jauh, biarlah doa yang menyatu dan mendekatkan. Doa itu kan penghubung terbaik antara kita. Usah risau, jika dia benar milikmu, pasti akan menjadi milikmu jua. Walau jauh terpisah, dia pasti akan kembali juga.
Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kamu setia, sejauh mana kamu bercinta, kalau dia bukan tercipta untukmu, pasti kamu tidak akan bertemu. Tetapi jika dia memang jodoh kamu, sejauh mana dia pergi, dengan izin Allah, pasti dia akan kembali.! ;)
Kamis, 19 September 2013
Jodoh itu, DIA yang menentukan.., kita hanya bisa berikhtiar aja..
Kita seringkali terfikir tentang jodoh. Pada akhirnya nanti dengan siapa kita akan menikah.? Siapakah dia yang akan menjadi Imam atau Makmum di dalam solat kita nanti.? Siapakah dia yang bakal menjadi nakhoda dalam rumahtangga kita nanti.?
Kerana jodohku adalah rahsia Dia. Aku serahkan segalanya kepada-Nya. Kerana Dia tahu apa yang terbaik buat diriku. Tugasku kini adalah memperbaiki diriku dahulu. Moga jodohku juga begitu. Biar bila bertemu nanti, kami akan saling melengkapi.
Allah sebaik-baik pengatur. Aku tahu hikmah pasti ada di hujung lorong ujian. Cuma, manusia yang selalu kurang sabar. Belum sampai ke hujung jalan, sudah berputus asa. Lalu bagaimana mahu sampai kepada hikmahnya.?
Jodoh, memang misteri Ilahi. Sampai masa, dia pasti datang membawa kita terbang bersama.
Menghargai apa yang ada, menjaga apa yang tercipta, kerana Allah penentu segala.
Cumanya satu, kamu perlu SABAR dan teruskan berdoa.!
Usah terburu-buru mencari cinta, kerana cinta pasti ada bila tiba masanya.

Langganan:
Postingan (Atom)