Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Kamis, 19 September 2013

Jodoh itu, DIA yang menentukan.., kita hanya bisa berikhtiar aja..

Kita seringkali terfikir tentang jodoh. Pada akhirnya nanti dengan siapa kita akan menikah.? Siapakah dia yang akan menjadi Imam atau Makmum di dalam solat kita nanti.? Siapakah dia yang bakal menjadi nakhoda dalam rumahtangga kita nanti.?

Kerana jodohku adalah rahsia Dia. Aku serahkan segalanya kepada-Nya. Kerana Dia tahu apa yang terbaik buat diriku. Tugasku kini adalah memperbaiki diriku dahulu. Moga jodohku juga begitu. Biar bila bertemu nanti, kami akan saling melengkapi.

Allah sebaik-baik pengatur. Aku tahu hikmah pasti ada di hujung lorong ujian. Cuma, manusia yang selalu kurang sabar. Belum sampai ke hujung jalan, sudah berputus asa. Lalu bagaimana mahu sampai kepada hikmahnya.?

Jodoh, memang misteri Ilahi. Sampai masa, dia pasti datang membawa kita terbang bersama.

Menghargai apa yang ada, menjaga apa yang tercipta, kerana Allah penentu segala.


Cumanya satu, kamu perlu SABAR dan teruskan berdoa.!

Usah terburu-buru mencari cinta, kerana cinta pasti ada bila tiba masanya.

0 komentar:

Posting Komentar